Saturday, 8 June 2013

Kau anakku, kau kesayanganku... Siti Hasnah Hamzah

Rejab datang lagi membawa seribu kenangan suka dan duka...di lahirkan 17hb april 1984 (rejab lepas asar)...29 tahun lepas . melengkapkan perkahwinan ayah umi dengan 3 puteri yang comel2....Alhamdullilah....kini hampir setahun kau meninggalkan kami pada 13 rejab 1433 /3 jun 2012....meninggalkan kami penuh kerinduan dan .....InsyaAllah kita akan bertemu di jannah nanti


 
adik kamu berkata kak nah yang rapat dan selalu dengar cakap umi....setelah kau tiada baru perasan kau seiras umi...umi bahagia Allah pinjamkan mu 28 tahun + 9 bulan dalam kandungan umi....kau menyejuk hati....kau membahagiakan kami esp bila kau tersenyum riang2...walaupun kadang2 merajuk sayang....


saat bahagia bersamamu menjadi kenangan kami....gambar2 ni selalu hilangkan kerinduan...walaupun di tengah malam air mata berkaca dan mengalir selalu


senyuman mu membahagiakan kami....bagi ayah umi kau tiada pengganti....kau pandai mengambil hati kami , keluarga rakan dan taulan...itulah kami rasa kehilangan....semoga anak2 mu mengikut akhlaq mulia.....InsyaAllah kita di himpunkan di jannah nanti.....


sifat mujahaddah aku pelajari dan ikuti walaupun aku ibumu....di konvensyen uia ini....23-25 august 2008/ 21-23 august 1429H...kau mengandungkan cucu pertama kami hilmi nazhan yang lahir 9 sept 2008/ 9 ramadhan 1429H..... kau kumpulkan ilmu tentang penyusuan ibu....thro internet....Alhamdullilah....anakmu menyusu badan sepenuhnya walaupun kau wanita kerjaya.....akhir hidupmu berjawatan assistant IT manager....hanya ganjaran akhirat yang kami cari....


Alhamdullilah ...di umur 28 tahun di dunia kau ada segalanya....telah berkahwin mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan..rumah dan kereta , berkerjaya...nikmat yang di berikan Allah....sifat mu yang rendah diri tidak ego....menawan hati orang di sekelilingmu ....semoga permata htimu hilmi nazhan dan nabila husna....berakhlaq mulia saperti mama nya...Aamiin


kasih ibu kepada nya....tiada batasan....setelah tiada di dunia terbayang kenangan bersamanya....dari mengandung, melahirkannya...membesarkan dan mendidiknya...dunia akhirat...dari tadika ihsan, sekolah rendah islam hira, kelang, sekolah rendah raja muda...serata ,ipoh (sekolah perempuan taayah) maahad hamidiah kajang, kolej islam kelang dan universiti islam antara bangsa serta naqibah jim dan ikr...am dr nora, dr hanim uniten dan yang lain2 yang saya tidak dapat sebut disini....terima kasih dari ku , ibu pada almarhumah siti hasnah hamzah....sehingga ia menjadi hasanah anak yang ikut kata...dan insyaAllah anak yang sholehah.....InsyaAllah saham kita di syurga jannah.......Istimewa kepada suami nya Ahmad naufal Jamri...umi ayah berterima kasih kerana menjaga dan mendidik anak umi....InsyaAllah menjad isteri yang soleha.....



Akhirnya kau pergi jua anakku membawa kasih sayang, kebahagiaan kami..berserta seribu kerinduan di hati ini.... ..senyuman mu yang manis menyamankan... menjadi kenangan manis pada kami...selalu terbayang di ruang mata ibumu setiap masa....bila kerinduan mendatang air mata mengalir tanpa henti....gambarmu ku tatap....anak2 mu yang tidur dengan kami ku belai bersama tahajud, zikir dan tadarus ku........terbayang kau coma ...di perbaringanmu sebelum di bedah.....severe brain injury kata doktor....accident sebelum gua tempurung , arah ke ipoh di waktu dini hari sedang kau menyusukan anakmu...di km305....aku dapat gambarkan bagaimana kau menyelamatkan/ memeluk anakmu Nabila Husna sehingga dirimu menjadi korban...InsyaAllah ada ganjarannya di sisi Allah.

terbayang masa di icu hospital tuanku bainun ,ipoh selepas pembedahan brain....kau mengengam jari tunjuk...penuh wayar di badan mu....aku bermonolog kepadamu....kau banyak menghafal doa, ayat alquran dan zikir2...terus kan anakku...semoga kau menjadi kuat....pergantungan dengan Allah...aku yakin akan mujahaddahmu....kerana kau anak yang mengikut kata....

aku beriman dengan qada dan qadarMu Ya Allah....kau yang member terbaik untuk kami..... hasanah hamzah anak umi ayah.....kau meninggalkan kami waktu asar bulan rejab...sama kelahiran mu 28 tahun yang lalu...waktu asar di hospital kuala lumpur....


terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan kami insan yang baik, anak yang comel. wanita yang cantik dan cerdik..ibu kepada cucu kami ....anak yang menyejukkan dan membahagiakan hati kami ....dan InsyaAllah menunggu kami di pintu syurga....saham akhirat umi ayah.....InsyaAllah

1 comment:

  1. Salam takziah kepada keluarga Almarhumah sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg diredhai Allah.

    ReplyDelete